Sabtu, 08 Maret 2014

Kambing Dipenjara kerana makan bunga di taman

Andyta Fajarini
Rabu, 23 Januari 2013  
Gary, kambing yang dipenjara (Foto: SMH)
Gary, kambing yang dipenjara (Foto: SMH)
SYDNEY – Seekor kambing menginap satu hari di dalam penjara kerana ia memakan bunga di taman museum seni di Sydney, Australia. Hukuman ini dianggap aneh diberikan kepada hewan.

Kambing bernama Gary ini dituduh telah memakan bunga di pusat kota Sydney, sehingga kambing malang itu harus menginap di dalam penjara.

Sang pemilik Gary, James Dezarnaulds, alias Jimbo Bazoobi, juga ikut dikenakan denda sebesar 440 dollar   pada 22Ogos setelah polis  menangkap kambingnya sedang mengunyah bunga di luar Museum Sydney of Contemporary Art.

Kes ini akhirnya dibawa ke Mahkamah di Sydney. Hakim Carolyn Barkell mengatakan, bahawa kambing bernama Gary dituduh telah memakan bunga di taman kota.

"Saya menerima laporan atas tuduhan seekor kambing yang merosak taman kota, namun tidak ada bukti Bazoobi membawa Gary ke taman,” jelasnya, seperti dilansir SMH, Rabu (23/1/2013).

Peguam Gary, Paul McGirr mengatakan, kepada mahkamah bahawa polis  telah mengeluarkan tuduhan pelanggaran yang salah, kerana tuduhan itu dikhususkan untuk manusia, bukan kambing.

"Kita tidak boleh menghukum seekor kambing kerana tidak ada buktinya,” ungkap McGirr.

Bazoobi mengatakan bahawa dia terbebas atas denda dan Gary juga dibebaskan dari hukumannya. Komedian asal Australia itu juga tidak diwajibkan untuk memberikan bukti-bukti dan tidak ada putusan dari kesnya.

Bazoobi dan kambingnya Gary adalah komedian jalanan yang sering menghibur para wisatawan di Australia.
 
(faj)okezone.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar