Jumat, 07 Februari 2014
Gambar Insiden Budak Sekolah Maut Kepala Tersepit Dalam Lif PPR Desa Tun Razak
Seorang murid sekolah berusia 11 tahun meninggal dunia selepas kepalanya tersepit di lif, ketika pulang dari sekolah di blok 8, Apartment Desa Tun Razak, Bandar Tun Razak, kira-kira 12.30 tengah hari semalam (17 Julai 2013).
Ketika kejadian, mangsa, Khairul Amir Azri Lani dikatakan cuba keluar dari lif tersebut, namun hanya kepalanya keluar dari lif berkenaan manakala badannya masih berada di dalam lif.
Secara tiba-tiba, lif tersebut bergerak turun perlahan-lahan dan tidak dapat dikawal menyebabkan leher mangsa tersepit antara lantai tingkat tiga dan lif.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Laman Facebook rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat menyatakan, seramai 17 orang dengan kebanyakan pelajar sekolah, berada di dalam lif tersebut semasa insiden menyayat hati itu berlaku.
Lif berkenaan dikatakan terhenti antara tingkat dua dan tiga.
Pihak Bomba yang menerima panggilan pada jam 1.16 petang itu mengambil masa selama lima minit untuk tiba di tempat kejadian dan turut mengeluarkan orang lain di dalam lif berkenaan.
Difahamkan kejadian itu berpunca akibat kerosakan lif.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar