Jumat, 14 Februari 2014

Orgasma Pengukur Kepuasan Seks


oleh Bintu Rasyada A. Rahman

Hubungan seks bermaksud hubungan kelamin antara dua individu berlainan jantina. Orgasma pula bermaksud mencapai kemuncak kepuasan syahwat ketika melakukan hubungan seks atau lebih mudah disebut klimaks.


Ia adalah dua perkara yang berbeza. Setiap pasangan yang melakukan hubungan seks belum pasti memperoleh orgasma. Bagi lelaki, ia merupakan perkara biasa ketika melakukan hubungan kelamin namun wanita pula sebaliknya.

Ada wanita yang mencapai orgasma setiap kali melakukan hubungan namun peratusannya sangat rendah, ada juga yang hanya sesekali dan jangan terperanjat, jika ada yang langsung tidak pernah merasainya.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Kajian di Malaysia

Merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh Durex pada tahun 2007/2008 di kalangan pasangan suami isteri di Malaysia, hanya 25% wanita yang melakukan hubungan kelamin mencapai orgasme berbanding lelaki 62%.

Kajian itu juga menunjukkan hanya 58% wanita berpuas hati dengan intensiti orgasma mereka berbanding lelaki iaitu 66%. Kajian tersebut mendedahkan wanita Malaysia ketinggalan dari segi pengalaman orgasma berbanding wanita Sepanyol (52%), Mexico (51%) dan Afrika Selatan (49%).

Kebaikan Orgasma

Orgasma membantu menyuburkan kesihatan seksual. Ia adalah sesuatu yang sepatutnya dikecapi oleh seseorang wanita. Katakan kepada suami anda, saya mahukannya kerana ia adalah hak saya.

Kesihatan seksualiti yang baik mempengaruhi fikiran, perasaan, tindakan dan perhubungan seperti juga kesihatan mental dan fizikal. Jangan terperanjat andai seks yang baik mampu menjana prestasi kerja yang lebih bagus.

Faktor Tiada Orgasma

Faktor utama mengapa wanita Malaysia sukar mencapai orgasma banyak dipengaruhi oleh kepercayaan masyarakat kita.

Bagi orang timur, berbicara mengenai seks adalah sesuatu yang tabu dan memalukan. Ilmu mengenai pendidikan seks tidak dibincangkan secara terbuka, kerana itu masyarakat kita terutama wanita tidak mendapat gambaran sebenar mengenai hubungan seksual yang sewajarnya.

Sudah menjadi adat orang Timur mengharapkan anak mereka faham sendiri mengenai perkara berkaitan seks tanpa mahu memberi panduan mengenainya. Apabila berumah tangga, seandainya mereka tiada komunikasi yang baik antara suami isteri, masalah ini akan berlaku.

Faktor umur juga memainkan peranan penting dalam menentukan tahap orgasma individu, begitu juga dengan faktor kesihatan, pengalaman peribadi dan hubungan suami isteri.

Tahap seksualiti pula bergantung kepada sistem hormon, neurologi dan vaskular (salur darah). Organ seks sebenar yang paling penting dalam menentukan kebolehan untuk mencapai orgasma adalah otak.

Hubungan intim mempengaruhi kitaran tindakbalas seks wanita. Ia bermula dengan keintiman emosi yang menjadi motivasi kepada seksualiti neutral wanita. Seterusnya ia merangsang seks yang mana faktor psikologi dan biologi memainkan peranan untuk meningkatkan tahap seks.

Keinginan seks akan meningkat lalu mencapai tahap kepuasan fizikal dan emosi.

Kitar Tindak Balas Seks Wanita

1. Peringkat pertama adalah keterujaan atau ransangan yang mana dicetuskan oleh stimulasi psikologi dan fizikal. Tanda-tandanya adalah perubahan emosi, peningkatan kadar denyutan jantung, respirasi dan penebalan dinding serta pengeluaran pelincir dari vagina.

2. Pengekalan rangsangan dipanggil plateau iaitu tahap kedua. Vagina akan menebal, kadar denyutan jantung dan ketegangan otot meningkat sekali gus stimulasi akan berterusan. Payu dara akan membengkak, puting payu dara menegang dan uterus terbenam.

3. Akhir kemuncak adalah orgasma.

4. Fasa terakhir adalah resolusi melibatkan pengaliran darah dari vagina ke seluruh tubuh, pengecutan payu dara dan puting payu dara serta penurunan denyutan jantung, respirasi dan tekanan darah.

Malam Baik, Pagi Baik

Orgasma adalah sensasi menakjubkan. Ada pendapat yang mengatakan bahawa malam yang baik mengundang kepada pagi yang baik di pejabat.

Orgasma disebut juga sebagai destinasi terakhir dalam setiap hubungan seksual.

Ironinya, tekanan yang kita letakkan pada diri untuk mencapai orgasma boleh memacu kita untuk mendapatkannya.

Sebaliknya, jika kita tidak fikirkan sangat mengenai orgasma dan tidak belajar bagaimana untuk memperolehnya (teori dan praktikal), peluang untuk memperoleh nikmat hubungan seksual termasuk orgasma samar.

Jenis dan Intensiti Orgasma

Orgasma terbahagi kepada 3 jenis iaitu klitoris orgasma, orgasma dan gabungan kedua-duanya.

Orgasma vagina berlaku ketika stimulasi di titik G (G-spot) menyebabkan orgasma tercapai lalu melibatkan sistem uterus dan juga reproduksi.

* Tempoh dan intensiti orgasma berbeza antara seorang wanita dengan seorang yang lain dan satu pengalaman dengan pengalaman yang lain.

* Orgasma berbeza antara satu pengalaman singkat yang cepat hilang berbanding sensasi pengalaman menakjubkan dalam tempoh sedikit panjang, hingga kemuncak nikmat.

* Wanita biasanya mengambil masa yang lama untuk mencapai tahap orgasma.

Punca Sukar Mencapai Orgasma

Selain persekitaran, faktor utama yang menyebabkan wanita sukar mencapai orgasma adalah disfungsi seksual. Masalah ini berlaku di kalangan 20 hingga 50% wanita.

Ia melibatkan banyak faktor - biologi, psikologi dan personaliti. Juga tekanan emosi dan fizikal termasuk peningkatan umur. Termasuk juga masalah keinginan seksual, sukar mencapai kepuasan, orgasma dan sakit ketika melakukan hubungan seks.

Masalah keinginan seks terbahagi kepada dua iaitu masalah keinginan seks hipoaktif dan masalah tidak suka seks.

Masalah kesakitan pula antaranya dyspareunia (kekeringan bahagian labia), vaginismus (jangkitan kulat vagina) dan lain-lain masalah kesakitan.

Dari segi biologi, faktor jantina dan umur, endokrin, kemurungan, kesihatan keseluruhan dan perubatan memainkan peranan.

Masalah emosi dan berkaitan tekanan, penderaan seks dan konflik hubungan antara faktor psikologi yang sering berlaku.

Selain itu, masalah pengaliran darah seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, paras kolestrol tinggi, merokok menyebabkan orgasma sukar dicapai.

Masalah hormon seperti menopaus, masalah endokrin, kekurangan hormon selepas bersalin dan diabetes juga boleh menjejaskan orgasma.

Pilihan Rawatan

Mereka yang mengalami masalah mencapai orgasma perlu mendapatkan rawatan sewajarnya kerana ia menjejaskan kesihatan secara keseluruhan.

Pasangan perlu menjalani kaunseling untuk memulihkan semula tahap keinginan seks mereka. Selain itu, dapatkan juga terapi gantian hormon estrogen atau estrogen bersama androgen.

Rawatan bukan hormon seperti menggunakan pelembap atau pelincir ketika melakukan hubungan seks, akupuntur dan terapi herba juga boleh membantu.

Bagi mengurangkan kesakitan, adalah disyorkan agar pasangan bertenang sebelum melakukan hubungan, mempraktikkan senaman Kegel, menggunakan pelincir dan mencuba posisi atau kaedah baru.

Yang paling penting adalah berbincang dengan pasangan. Kembalikan kehangatan ketika baru berumah tangga, barulah anda boleh mencapai kemuncak ketika melakukan hubungan.

Pasangan juga perlu merancang setiap kali ingin melakukan hubungan intim.

Tanamkan dalam fikiran untuk mendapatkan seks yang terbaik, buangkan perasaan tidak selesa dan takut, nikmati masa anda berdua sebaiknya.

Seks Ketika Usia Emas

Usia emas tidak patut dijadikan alasan untuk tidak mengecapi nikmat hubungan seks. Pasangan masih boleh menikmatinya andai mereka benar-benar mahukan dan ia mampu menceriakan hidup mereka.

Pasangan disarankan agar tidak berasa gusar kerana seks pada usia ini memerlukan toleransi masa yang lebih panjang serta memerlukan stimulasi manual yang lebih.

Berbincanglah dengan pasangan. Kongsi apa yang buat anda suka kepada pasangan.

Selain itu, mengingati saat manis berdua ketika baru menjejak kaki ke alam rumah tangga mampu mengembalikan keseronokan bersama.

Ambil masa untuk menjelajah semua aspek keseronokan bersama dengan memaksimumkan kemahiran rasa anda.




Dapatkan e-book Permata Yang Hilang
panduan seni nafkah batin di

Kedai Maya SihatSelalu!!



Lagi info tentang ORGASMA di sini.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar