Sabtu, 28 Desember 2013
Anti BERSIH berkeras mahu berhimpun di stadium Stadium Merdeka
|
Kumpulan anti-BERSIH Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) berkeras untuk mengadakan perhimpunan besar anti gabungan pilihan raya bersih dan adil di stadium.
Bagaimanapun, menurut pengerusinya Datuk Jamal Md Yunus, buat masa ini pihaknya masih menunggu kebenaran daripada pengurusan Stadium Merdeka dan kebenaran pihak polis, yang telah dipohon sejak dua minggu lalu.
"Kita sedang menunggu keputusan pihak stadium dan polis. Tarikhnya mungkin berubah. Saya tidak pasti tarikhnya bila," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Jamal berkata, pihaknya sebelum ini bercadang mengadakan perhimpunan di Stadium Bukit Jalil pada 23 Jun akan datang tetapi terpaksa membatalkan hasranya kerana stadium itu dalam proses pengubahsuaian.
Bulan lalu, MTPKL mengadakan perhimpunan yang dinamakan "BERSIH 4.0 Cintakan Negara" di depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Kuala Lumpur, bagaimanapun tanpa membuka gerai jualan seperti dirancang awal.
Mereka juga mencetuskan sensasi media apabila menawarkan pelbagai hadiah mewah, termasuk Lamborghini dan BMW sekiranya laman Facebook mereka mencapai jumlah sasarah peminat tertentu.
Jamal – yang juga pengusaha ikan bakar – berkata, perhimpunan mereka akan dimeriahkan dengan kira-kira 200 gerai jualan yang akan dibuka semasa perhimpunan itu, jika permohonan mereka diluluskan pihak pengurusan stadium.
Sementara itu, Jamal mendakwa kempen maya mereka di Facebook kini menghadapi masalah kerana laman sosial itu digodam sehingga mereka tidak boleh akses.
"Jadi kita himpun tandatangan (secara manual). Peserta yang berjaya akan diberi hadiah cabutan bertuah Lamborgini dan BMW," katanya lagi.

Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar