Rabu, 25 Desember 2013

Peugeot Bakal Lancar 5 Cawangan Lagi Tahun Ini


KUALA LUMPUR – Nasim Sdn Bhd, syarikat pengedar kenderaan Peugeot yang sah, dan wakil-wakil jualannya, telah melabur sejumlah RM17 juta untuk membuka lima cawangan bilik pameran baharu tahun ini sebagai sebahagian daripada rancangan peluasan rangkaian seluruh negaranya yang sedang dilaksanakan.

Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Samson Anand George, berkata syarikat itu telah melancarkan lima cawangan di Butterworth, Georgetown, Alor Setar, Kuala Terengganu dan Batu Pahat sebelum ini.

“Setakat ini tahun ini, kami telah melancarkan lima cawangan baharu dan dalam bulan-bulan yang akan datang, kami akan lancarkan lima lagi, menjadikan kesemua cawangan Peugeot di negara ini berjumlah 30,” kata Samson dalam satu kenyataan.

Syarikat itu akan melancarkan tiga cawangan lagi di Lembah Klang, Johor dan  Pahang.

Sempena perayaan Deepavali November ini, Nasim akan melancarkan semula Peugeot Klang pada 28 Sept.

Bilik pameran yang dilancarkan semula itu akan menjadi cawangan jualan Peugeot bagi Pelabuhan Klang, Bandar Klang, Pulau Indah, Pulau Lumut, Pulau Ketam dan Pulau Carey.

“Peugeot Klang yang baharu ini berada pada kedudukan yang lebih baik untuk memanfaatkan pasaran yang semakin berkembang di Klang dan kawasan-kawasan sekitarnya,” katanya.

Hingga 31 Julai, Nasim mencatatkan jualan sebanyak 3,590 unit pada 2013, meningkat tujuh peratus daripada tempoh yang sama pada 2012.

“Pertumbuhan jualan ini disumbangkan terutamanya oleh model 408, 508 dan 208 berwajah baharu,” jelasnya.  – BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar