Senin, 23 Desember 2013
Buku karangan Spirit of Altantunya mula diedarkan 3 Jan
|
Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berkata buku tulisannya bertajuk The Black Rose akan dapati diperolehi secara percuma dalam versi digital esok.Katanya beliau juga mungkin akan mengedarkan edisi cetak buku tersebut, yang diterbitkan secara terhad, kepada individu tertentu.
"Buku tersebut boleh di dapati secara online. Tiada hak cipta terpelihara. Ia ditulis oleh saya sendiri. Jadi jika ada sesiapa yang mahu cetak, cetaklah.
"Memang tak cetak dan bagi kepada orang ramai kerana takut disaman. Kalau dicetak pun terhad kepada orang tertentu sahaja.
"Buku itu dalam bahasa Melayu dan akan ada dalam bahasa Inggeris. Buku itu bertujuan untuk memberi penerangan kepada orang ramai tentang kebenaran," katanya.
Buku itu dijangka akan merakamkan penglibatannya dengan seorang isteri VIP berhubung usaha untuk membuatkan penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk menarik balik akuan berkanun pada 2008.
Deepak sepatutnya melancarkan buku tersebut dalam sidang media hari ini, namun bertukar fikiran atas sebab-sebab perundangan.
“Objektif sidang media hari ini adalah berhubung pelancaran buku dan juga butiran mengenai transaksi tanah yang dijual kepada Boustead Holdings Bhd," katanya.
Namun pendedahan yang dibuat pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini, kata Deepak, menyebabkan peguamnya menasihatkan beliau berdiam diri terlebih dahulu sebelum menjawab dakwaan Rafizi.
Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan lewat petang ini di ibu negara.
Lidah parti PAS, Harakahdaily pada 31 Disember lalu melaporkan buku setebal 26 halaman itu ditulis oleh pengarang yang menggunakan nama samaran Spirit of Altantunya.
Bercakap kepada Malaysiakini pada pertengahan bulan tersebut, Deepak berkata, beliau juga akan menerbitkan autobiografinya sendiri, susulan kepada penerbitan biografi isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor – yang didakwa sebagai seorang kawan wanitanya sebelum ini.

Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar